Sabtu, 14 September 2013

Bongkar : Apa Kaitan Ajihs Nasi Lemak 80 Sen Dan Piya, Pemain Kelantan Selepas Baju Dibuka Selepas Habis Perlawanan Bola Sepak Semalam.. Jom Terjah!!


Secara tiba tiba, nama Ajihs Nasi Lemak 80 sen mula popular setelah perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Selangor tamat tadi. Semuanya gara gara Piya atau Badri Radzi. Setelah menjaringkan gol kedua buat pasukan Kelantan, The Red Warrior, Piya telah secara tidak langsung membuka bajunya dan mempromosikan Ajihs Nasi Lemak 80 sen dan kerana itu, dia mendapatkan kad kuning. 


Ajihs Nasi Lemak 80 sen

Kaitan Ajihs Nasi Lemak 80 sen dan Piya - Terbakor
Kaitan Ajihs Nasi Lemak 80 sen dan Piya - Terbakor

LOKASI AJIHS NASI LEMAK 80 SEN

Ada yang kata, Ajihs Nasi Lemak 80 sen ni kedai milik bapa Piya. Lokasinya pula terletak di kawasan Guchil Bayam, menuju ke Kubang Kerian.  Kalau ada maklumat lanjut nanti kami update ya. Ramai nak singgah kedai Ajihs Nasi Lemak ni. Haha.

Biodata Badhri Radzi (Piya) Kelantan


Piya Badhri Radzi
Berikut adalah biodata Badhri Radzi atau dikenali Piya adalah kapten dari pasukan Kelantan yang berjaya meraih banyak piala pada musim 2011/2012.
Mohd Badhri Mohd Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Badhri Radzi yang juga dikenali sebagai ‘Piya’ sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan.
Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai ‘kapten’ kepada pasukan Juara Liga Super Malaysia 2011 & 2012 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.
Sentuhan Badhri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi ‘attacking midfielder’ pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.
Pemain yang dilahirkan pada 02 Jun 1982 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menyumbat gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadikannya sebagai sejarah untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.
Badhri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badhri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.

Biodata Badhri Radzi @ Piya

Nama Penuh : Mohd Badhri Mohd Radzi
Tarikh Lahir : 02 Jun 1982 (umur 30)
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Posisi : Pemain Tengah
Nombor Jersi : 16

Kelab

Kelantan FA 2004-2005 – 34 Kemunculan dan 15 Gol
PDRM FC 2005-2007 – 21 Kemunculan dan 8 Gol
Kelantan FA 2007 – sekarang – 100 Kemunculan dan 47 Gol
SKUAD NEGARA : 1 Kali kemunculan di bawah Ong Kim Swee dalam perlawanan Malaysia 0 – 1 Chelsea

Piya Kapten Yang Dilupakan K. Rajagopal




piyaGangnam
Piya Kapten Terhebat - KOSMO
No place for Badhri in Malaysia AFF squad - ESPNSTAR.COM
Melihat kepada senarai awal pemilihan 35 pemain dalam skuad kebangsaan ke AFF Piala Suzuki 2012, ramai tertanya-tanya mengapa Piya tidak terpilih dalam skuad ini termasuk media luar negara yang mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia.
Piya antara kapten paling berjaya pada tahun ini mengharungi semua perlawanan sebagai kapten utama Kelantan untuk perlawanan liga dan final dilihat mampu menjadi tonggak penting dalam skuad kebangsaan. Pada perlawanan final Piala Malaysia 20 oktober lalu, dua gol jaringan Mat Yo dan gol kemenangan jaringan Indra Putra adalah hasil hantaran cantik daripada Piya. Piya menjalankan tugasnya dengan baik pada perlawanan ini meskipun pemain ini kadang-kadang dilihat malas mengejar bola sekiranya terlepas dari kakinya.
Pengulas sukan tanahair Zainal Abidin Rawop mungkin antara ribuan peminat Piya yang berasa hairan mengapa pemain ini tidak pernah menjadi pilihan K. Rajagopal untuk menyarung jersi kebangsaan. Piya antara pemain yang tidak pernah menyarung jersi kebangsaan menerima gaji menyamai gaji pemain yang pernah menyertai skuad kebangsaan. Untuk makluman FAM telah menetapkan ada perbezaan tangga gaji antara pemain yang pernah menyarungi dengan yang tidak pernah menyarungi jersi kebangsaan,
Semangat kental yang ditunjukkan pemain ini cukup membanggakan seluruh penyokong The Red Warriors, biarpun merasa kecewa dengan pilihan K. Rajagopal yang tidak memilih Piya, mereka tetap berharap satu hari nanti Piya akan diberikan peluang dan skuad Piala AFF Suzuki 2012 mampu mempertahankan kejuaraan ini. Malaysia dilihat masih mengekalkan pemain-pemain yang pernah membantu Malaysia memenangi piala ini pada tahun 2010.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Piya adalah antara lagenda kapten Kelantan paling berjaya dalam sejarah bolasepak Kelantan. Dengan aksi gaya yang bersahaja diatas padang, pemain ini mampu memukau, mengucar-kacir kubu lawan dan mengatur gerak langkah yang cemerlang kepada rakan-rakan pasukan serta sebagai ketua pasukan. Setakat hari ini hanya Piya sahaja mampu menggalas tugas kapten sebagai anak Kelantan dalam saingan Liga Malaysia.
Seluruh penyokong Kelantan mendoakan kejayaan lebih cemerlang kepada Piya sehingga membuka hati K. Rajagopal. Selain mendoakan pemain ini cepat bertemu jodoh. GOMO PIYA GOMO....
 

Kelantan Pertahan Piala FA, Piya Pemain Terbaik


Pemain Kelantan meraikan jaringan gol pertama oleh Mohd Norfarhan pada minit ke-16. Kelantan dahuli JDT 1-0. -foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan.
Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme.
Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.
Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan. -foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez.
Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas.
Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.
Pemain JDT, Mohd Safee Sali (tengah) bertarung dengan pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari (kanan) pada aksi final Piala FA Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. -foto AZMAN GHANI
Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan.
Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012.
Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 1998.
Aksi perlawanan akhir ini disaksikan 87,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Senarai Pemain:
KELANTAN
Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Daudsu, Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree
JOHOR DARUL TAKZIM
Muhd Al-Hafiz, Kamarul Afiq, Agmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Andre Francisco, Nurl Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli

Beraya dengan Keknis dekat dua shows ini



Nervous gembira cuak teruja bersyukur semua bercampur-baur! Doakan yang terbaik, Raya Dam Dam Dum Paknil adalah live show yang Keknis diberi amanah untuk co-host! Don't pengsan Keknis. 

Pastu Mad Markets Raya is my baby! Harap semua terhibur dengan apa yang the team and I sudah hasilkan, serta tunggu surprise dari Keknis untuk Mad Markets season 2! Gasp! 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua! Jom 0-0 kerana kita haruslah memaafkan bagai kita yang menanti kemaafan itu. InsyaAllah!

Save the dates!