Sabtu, 14 September 2013

Piya Kapten Yang Dilupakan K. Rajagopal




piyaGangnam
Piya Kapten Terhebat - KOSMO
No place for Badhri in Malaysia AFF squad - ESPNSTAR.COM
Melihat kepada senarai awal pemilihan 35 pemain dalam skuad kebangsaan ke AFF Piala Suzuki 2012, ramai tertanya-tanya mengapa Piya tidak terpilih dalam skuad ini termasuk media luar negara yang mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia.
Piya antara kapten paling berjaya pada tahun ini mengharungi semua perlawanan sebagai kapten utama Kelantan untuk perlawanan liga dan final dilihat mampu menjadi tonggak penting dalam skuad kebangsaan. Pada perlawanan final Piala Malaysia 20 oktober lalu, dua gol jaringan Mat Yo dan gol kemenangan jaringan Indra Putra adalah hasil hantaran cantik daripada Piya. Piya menjalankan tugasnya dengan baik pada perlawanan ini meskipun pemain ini kadang-kadang dilihat malas mengejar bola sekiranya terlepas dari kakinya.
Pengulas sukan tanahair Zainal Abidin Rawop mungkin antara ribuan peminat Piya yang berasa hairan mengapa pemain ini tidak pernah menjadi pilihan K. Rajagopal untuk menyarung jersi kebangsaan. Piya antara pemain yang tidak pernah menyarung jersi kebangsaan menerima gaji menyamai gaji pemain yang pernah menyertai skuad kebangsaan. Untuk makluman FAM telah menetapkan ada perbezaan tangga gaji antara pemain yang pernah menyarungi dengan yang tidak pernah menyarungi jersi kebangsaan,
Semangat kental yang ditunjukkan pemain ini cukup membanggakan seluruh penyokong The Red Warriors, biarpun merasa kecewa dengan pilihan K. Rajagopal yang tidak memilih Piya, mereka tetap berharap satu hari nanti Piya akan diberikan peluang dan skuad Piala AFF Suzuki 2012 mampu mempertahankan kejuaraan ini. Malaysia dilihat masih mengekalkan pemain-pemain yang pernah membantu Malaysia memenangi piala ini pada tahun 2010.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Piya adalah antara lagenda kapten Kelantan paling berjaya dalam sejarah bolasepak Kelantan. Dengan aksi gaya yang bersahaja diatas padang, pemain ini mampu memukau, mengucar-kacir kubu lawan dan mengatur gerak langkah yang cemerlang kepada rakan-rakan pasukan serta sebagai ketua pasukan. Setakat hari ini hanya Piya sahaja mampu menggalas tugas kapten sebagai anak Kelantan dalam saingan Liga Malaysia.
Seluruh penyokong Kelantan mendoakan kejayaan lebih cemerlang kepada Piya sehingga membuka hati K. Rajagopal. Selain mendoakan pemain ini cepat bertemu jodoh. GOMO PIYA GOMO....
 

0 ulasan:

Catat Ulasan